Friday 14 October 2011

MY LOVE STORY ~ 1

Kau tahu, yang aku tunggu bukanlah dirimu yang begitu special, bukan lah dirimu yang istimewa. Yang aku tunggu hanya sesederhana dirimu saja. Tak lebih. Tak usahlah berbuat lebih.

Semakin banyak kau mengecewakan aku, tak kan buatku semakin sering menggerling arah padamu sayang. Malah aku kan makin berpaling. Kau tak ingin itu terjadi bukan, maka jadilah dirimu saja. Usaikanlah tindak laku mu yang buat tanya. Katakan semuanya pada dunia, nyatakan semua yang kau inginkan. Aku ada disini mendengarkan, sungguh. Jangan lagi kau buat hal menyakitkan, aku cemburu memang dan mungkin itu mampu buatmu senang. Tapi lihatlah aku, aku punya hati. Aku takut hati ini kan terlalu kuat jika kau latih terus tuk menahan kuatnya cemburu, hati ini mati padamu. Hentikan.

*****

kharisya berlari-lari anak menuju ke bilik air dan dia mencapai raga plastik berwana kuning kegemarannya. Dia mencuci muka dan memberus gigi dengan pantas. Gel mandian susu kambing diheret masuk ke dalam bilik air dan dia membersihkan diri. setelah membersihkan diri, dia kembali ke biliknya.

“Kejap..... , tunggu 10 minit lagi aku dah nak siap, risya termengah-mengah menyiapkan dirinya.
“Tu lah, lain kali jangan baca novel sampai ke Subuh. Kan dah lambat bangun.”, hidayu menyindir kawannya yang memang suka baca novel apatah lagi jika novel kegemarannya.

“Dah lah makcik, jangan membebel lagi, lagi lambat aku nak bersiap nanti’. “Kau pergi lah buatkan air dulu. Buat untuk aku sekali , nanti aku bawa biskut sekali ” sambil kharisya mengenyitkan mata.

“Ha, pandai nak bodek orang. Biskut, aku tak nak. Bawa sekali bun coklat campur kaya kau tuh kat sini.”, hidayu tak sabar nak makan, perutnya dari tadi dah bising minta nak makan.

“Iyalah…” balas kharisya sambil masuk semula ke biliknya dan bersiap, tidak lama kemudian, kharisya naik semula ke ruang tamu yang bersambung dengan dapur. Dia meletakkan plastik berisi bun coklat bercampur kaya kegemarannya di atas meja. Mereka berdua bersarapan bersama sambil tersenyum menikmati hidangan pagi dengan kopi susu yang panas memang menceriakan suasana.

“Risya, petang nanti lepas kelas kita pergi tengok wayang, nak tak?”, hidayu mengajak risya untuk menghilangkan rasa kebosanan yang dirasakannya.

“Cerita apa?”

“Apa-apa aja lah. Aku boring lah.”

“Kau dah ajak eyrana ke belum?”

“Belum lagi., kejap lagi aku ajak lah.”

“Nak ajak siapa lagi?”

“Ajak lah hafiq dengan Haikal sekali.”

“Nantilah tanya diaorang dulu. Takut diaorang ada kelas atau discussion.”

“Okey”

Selepas bersarapan pagi, mereka berjalan beriringan meninggalkan blok asrama 2 tingkat itu.
“Eyrana, kau dah siap belum? Cepatlah, nanti lambat.” Laung kharisya dari depan tingkap bilik eyrana.

“Dah siap, aku datang lah nih” Jerit eyrana membalas.

Mereka bertiga berjalan menuruni bukit kolej A. Mereka bertiga berpisah di bangunan Fakulti ekonomi. Eyrana dan Kharisya menuju ke bangunan Sains Matematik manakala Hidayu ke bangunan Sains Laut.

****

No comments:

Post a Comment