Friday 14 October 2011

MY LOVE STORY ~ 2

“Eyrana, jom tengok wayang petang nanti ”

“Cerita apa?”

“Entah, apa-apa ajer lah… bosan lah asyik terperap kat bilik jer,” lagipun hidayu tak sabar nak pergi nonton wayang cerita bini-biniku gangster

“Wokeh, no problem.”

“Haikal dengan hafiq dah ajak belum?”

“Belum, nanti aku sms diaorang.”

“Woi, mengumpat kitaorang ke?” sergah hafiq.

“Kalau nak mengumpatpun jangan la sebut nama kitaorang kuat2.” Balas Haikal.

“Ceh, buat terkejut aku jer. Bengong betullah korang nie, kalau yer pun nak terkejutkan kitaorang, bagilah salam dulu ” Balas eyrana geram.

“Sekarang siapa yang bengong? Kalau dah elok-elok bagi salam, bila masa korang nak terkujut?” Soal Afiq.

“Tak perlu lah, kami buat2 ler terkejut.. ” balas Kharisya.

“Adoi, sengal betullah korang berdua nih. malas nak layan.” hafiq tersenyum sinis.

“Apahal korang seru nama kami tadi?” Soal Haikal.

“Haikal, tengok wayang nak petang nanti. Korang ada kelas tak nanti?”

“Wayang? Kau nak belanja ke eyrana?”

“Ah, tak kuasa aku. Kalau nak ikut, sendiri bayar ler.”

“Ooo, pandai korang. Sendiri bayar. Tapi masa isi minyak kereta nanti, aku bayar sorang kan.” Usik Haikal, memang dari dulu lagi kalau nak pergi mana mesti dia yang selalu nak bayar isi minyak maklumlah antara mereka berkawan dia saja yang ada kereta.

“Ala, kalau kau tak sudi nak tumpangkan pun, kitaorang boleh pergi naik bas.” Apa yang susah sangat sergah hidayu.

“Ala, cik kak comel ni, merajuk pulak. Jangan lah begitu, dah elok2 muka tuh comel timbul jerawat batu pulak”, haikal sengaja nak sakitkan hati hidayu.

“Apasal lak jerawat batu?” soal hidayu tak mengerti.

“Bukan ke kalau kau dah naik angin, muka kau bertukar ker? Jadi hulk? Hehehehe” usik hafiq.

“Kau ni memang nak kena libas dengan aku kan.” Balas hidayu geram.

“Dahlah, jomlah masuk dewan. Nanti Dr Kalsom dah masuk, baru terkedek-kedek macam mak itik nak cari tempat.” Balas Eyrana.

Mereka bertiga pun menuruti Eyrana dari belakang bagai itik pulang petang. Mereka berempat satu fakulti..Tapi mereka berempat berlainan pengkhususan. Ada subjek yang serupa ada yang tidak.

Kebetulan pagi ini, subjek yang mereka ambil serupa iaitu subjek ‘Numerical Method’.

“Adoi, hensem betul Tom Cruise tu kan” risya bersuara.
“Macam tu kau kata handsome risya, kau ni memang tak ada taste. Ni abang Haikal , lagi handsome tau.” Sakat Haikal.

“Uwek, nak muntah aku dengar.” Usik Hidayu.

“Kalau abang Haikal tak cukup handsome, ni abang hafiq jejaka idaman Malaya.” Sergak hafiq pulak yang tak nak mengaku kalah.

“Ni lagilah, muka macam cekodok basi. Ada hati nak jadi jejaka idaman Malaya.” Balas Kharisya meluat.

“Yelah, risya… aku tahu aku nih tak semacho kekasih hati kau safrul tuh. Tapi apa kurangnya sangat aku nih? bukan kurang banyak pun, kurang sikit jer handsome dari si safrul tu.” Usik Haikal.

“Sudahlah haikal, jangan disebut nama dia lagi. Malas aku nak dengar.” Balas Kharisya. Eryana menyinggung perut Haikal menggunakan siku.

“Apa?” soal Haikal tak mengerti.

‘Safrul buat hal lagi.’ Hidayu berbisik di telinga Haikal. Kharisya buat-buat tidak dengar.
Mereka semua diam seribu bahasa.

“Apasal korang ni diam? Kena sampuk ke?” Usik Kharisya. Yang lain masih diam membisu.

“Aku okeylah, malas nak layan soal hati dan perasaan ni. buat runsing kepala otak aku ni. Dia kat sana asyik bergembira, aku nak serabut kepala dengan makan hati buat apa. Baik aku makan Mee goren,.lagi sedap dan ditambah lagi sedap kalau abang Haikal dengan hafiq yang handsome nih yang belanja. “Usik Kharisya dengan lembut

“Keranamu Risya, bulan bintang pun sanggup aku gapai.” Dah mula Haikal berbahasa.

“Haikal, zaman sekarang nih orang dah tak main lah bagi bulan dan bintang.. bagi jer kereta sebiji atau jam tangan rolex ker. Baru dahsyat.” Usik Eryana.

“Kau nak ker Eryana? kau mintak kat abang hafiq nih. Aku kalau nak bagi pun, aku bagi kat buah hati aku risya ni jer.” Usik Haikal.

“Korang ni bosan lah, asyik-asyik Eryana dengan Risya je. Aku ni, siapa pun tak pernah nak offer.” Hidayu pura-pura merajuk.

“Ala ayu, kau tu kami malas nak offer. Buang air liur. Tunang kau tahu nanti, habis kami ni kena sekeh. Lainlah diaorang berdua ni, single and available.” Usik hafiq.

“Pandai lah kau single. Eryana tu single lah, Bab Risya tuh macam mana?”

“Risya tuh lain lah, special case.” Kata Haikal dengan wajah tersengih.

Hidayu mencebik muka, tanda geram dengan perangai haikal dengan hafiq.

“Alalala, comel sangatlah tuh mak oii. Janganlah merajuk, hari ini makan, semua aku belanja okey.” hafiq memujuk.

“Betul ke hafiq? Memang kaulah jejaka idaman Malaya.” Usik Eryana.


Mereka berlima menuju ke food court dan menjamu selera.
****

No comments:

Post a Comment