“Eyrana, jom tengok wayang petang nanti ”
“Cerita apa?”
“Entah, apa-apa ajer lah… bosan lah asyik terperap kat bilik jer,” lagipun hidayu tak sabar nak pergi nonton wayang cerita bini-biniku gangster
“Wokeh, no problem.”
“Haikal dengan hafiq dah ajak belum?”
“Belum, nanti aku sms diaorang.”
“Woi, mengumpat kitaorang ke?” sergah hafiq.
“Kalau nak mengumpatpun jangan la sebut nama kitaorang kuat2.” Balas Haikal.
“Ceh, buat terkejut aku jer. Bengong betullah korang nie, kalau yer pun nak terkejutkan kitaorang, bagilah salam dulu ” Balas eyrana geram.
“Sekarang siapa yang bengong? Kalau dah elok-elok bagi salam, bila masa korang nak terkujut?” Soal Afiq.
“Tak perlu lah, kami buat2 ler terkejut.. ” balas Kharisya.
“Adoi, sengal betullah korang berdua nih. malas nak layan.” hafiq tersenyum sinis.
“Apahal korang seru nama kami tadi?” Soal Haikal.
“Haikal, tengok wayang nak petang nanti. Korang ada kelas tak nanti?”
“Wayang? Kau nak belanja ke eyrana?”
“Ah, tak kuasa aku. Kalau nak ikut, sendiri bayar ler.”
“Ooo, pandai korang. Sendiri bayar. Tapi masa isi minyak kereta nanti, aku bayar sorang kan.” Usik Haikal, memang dari dulu lagi kalau nak pergi mana mesti dia yang selalu nak bayar isi minyak maklumlah antara mereka berkawan dia saja yang ada kereta.
“Ala, kalau kau tak sudi nak tumpangkan pun, kitaorang boleh pergi naik bas.” Apa yang susah sangat sergah hidayu.
“Ala, cik kak comel ni, merajuk pulak. Jangan lah begitu, dah elok2 muka tuh comel timbul jerawat batu pulak”, haikal sengaja nak sakitkan hati hidayu.
“Apasal lak jerawat batu?” soal hidayu tak mengerti.
“Bukan ke kalau kau dah naik angin, muka kau bertukar ker? Jadi hulk? Hehehehe” usik hafiq.
“Kau ni memang nak kena libas dengan aku kan.” Balas hidayu geram.
“Dahlah, jomlah masuk dewan. Nanti Dr Kalsom dah masuk, baru terkedek-kedek macam mak itik nak cari tempat.” Balas Eyrana.
Mereka bertiga pun menuruti Eyrana dari belakang bagai itik pulang petang. Mereka berempat satu fakulti..Tapi mereka berempat berlainan pengkhususan. Ada subjek yang serupa ada yang tidak.
Kebetulan pagi ini, subjek yang mereka ambil serupa iaitu subjek ‘Numerical Method’.
“Adoi, hensem betul Tom Cruise tu kan” risya bersuara.
“Macam tu kau kata handsome risya, kau ni memang tak ada taste. Ni abang Haikal , lagi handsome tau.” Sakat Haikal.
“Uwek, nak muntah aku dengar.” Usik Hidayu.
“Kalau abang Haikal tak cukup handsome, ni abang hafiq jejaka idaman Malaya.” Sergak hafiq pulak yang tak nak mengaku kalah.
“Ni lagilah, muka macam cekodok basi. Ada hati nak jadi jejaka idaman Malaya.” Balas Kharisya meluat.
“Yelah, risya… aku tahu aku nih tak semacho kekasih hati kau safrul tuh. Tapi apa kurangnya sangat aku nih? bukan kurang banyak pun, kurang sikit jer handsome dari si safrul tu.” Usik Haikal.
“Sudahlah haikal, jangan disebut nama dia lagi. Malas aku nak dengar.” Balas Kharisya. Eryana menyinggung perut Haikal menggunakan siku.
“Apa?” soal Haikal tak mengerti.
‘Safrul buat hal lagi.’ Hidayu berbisik di telinga Haikal. Kharisya buat-buat tidak dengar.
Mereka semua diam seribu bahasa.
“Apasal korang ni diam? Kena sampuk ke?” Usik Kharisya. Yang lain masih diam membisu.
“Aku okeylah, malas nak layan soal hati dan perasaan ni. buat runsing kepala otak aku ni. Dia kat sana asyik bergembira, aku nak serabut kepala dengan makan hati buat apa. Baik aku makan Mee goren,.lagi sedap dan ditambah lagi sedap kalau abang Haikal dengan hafiq yang handsome nih yang belanja. “Usik Kharisya dengan lembut
“Keranamu Risya, bulan bintang pun sanggup aku gapai.” Dah mula Haikal berbahasa.
“Haikal, zaman sekarang nih orang dah tak main lah bagi bulan dan bintang.. bagi jer kereta sebiji atau jam tangan rolex ker. Baru dahsyat.” Usik Eryana.
“Kau nak ker Eryana? kau mintak kat abang hafiq nih. Aku kalau nak bagi pun, aku bagi kat buah hati aku risya ni jer.” Usik Haikal.
“Korang ni bosan lah, asyik-asyik Eryana dengan Risya je. Aku ni, siapa pun tak pernah nak offer.” Hidayu pura-pura merajuk.
“Ala ayu, kau tu kami malas nak offer. Buang air liur. Tunang kau tahu nanti, habis kami ni kena sekeh. Lainlah diaorang berdua ni, single and available.” Usik hafiq.
“Pandai lah kau single. Eryana tu single lah, Bab Risya tuh macam mana?”
“Risya tuh lain lah, special case.” Kata Haikal dengan wajah tersengih.
Hidayu mencebik muka, tanda geram dengan perangai haikal dengan hafiq.
“Alalala, comel sangatlah tuh mak oii. Janganlah merajuk, hari ini makan, semua aku belanja okey.” hafiq memujuk.
“Betul ke hafiq? Memang kaulah jejaka idaman Malaya.” Usik Eryana.
Mereka berlima menuju ke food court dan menjamu selera.
****
Friday, 14 October 2011
MY LOVE STORY ~ 1
Kau tahu, yang aku tunggu bukanlah dirimu yang begitu special, bukan lah dirimu yang istimewa. Yang aku tunggu hanya sesederhana dirimu saja. Tak lebih. Tak usahlah berbuat lebih.
Semakin banyak kau mengecewakan aku, tak kan buatku semakin sering menggerling arah padamu sayang. Malah aku kan makin berpaling. Kau tak ingin itu terjadi bukan, maka jadilah dirimu saja. Usaikanlah tindak laku mu yang buat tanya. Katakan semuanya pada dunia, nyatakan semua yang kau inginkan. Aku ada disini mendengarkan, sungguh. Jangan lagi kau buat hal menyakitkan, aku cemburu memang dan mungkin itu mampu buatmu senang. Tapi lihatlah aku, aku punya hati. Aku takut hati ini kan terlalu kuat jika kau latih terus tuk menahan kuatnya cemburu, hati ini mati padamu. Hentikan.
*****
kharisya berlari-lari anak menuju ke bilik air dan dia mencapai raga plastik berwana kuning kegemarannya. Dia mencuci muka dan memberus gigi dengan pantas. Gel mandian susu kambing diheret masuk ke dalam bilik air dan dia membersihkan diri. setelah membersihkan diri, dia kembali ke biliknya.
“Kejap..... , tunggu 10 minit lagi aku dah nak siap, risya termengah-mengah menyiapkan dirinya.
“Tu lah, lain kali jangan baca novel sampai ke Subuh. Kan dah lambat bangun.”, hidayu menyindir kawannya yang memang suka baca novel apatah lagi jika novel kegemarannya.
“Dah lah makcik, jangan membebel lagi, lagi lambat aku nak bersiap nanti’. “Kau pergi lah buatkan air dulu. Buat untuk aku sekali , nanti aku bawa biskut sekali ” sambil kharisya mengenyitkan mata.
“Ha, pandai nak bodek orang. Biskut, aku tak nak. Bawa sekali bun coklat campur kaya kau tuh kat sini.”, hidayu tak sabar nak makan, perutnya dari tadi dah bising minta nak makan.
“Iyalah…” balas kharisya sambil masuk semula ke biliknya dan bersiap, tidak lama kemudian, kharisya naik semula ke ruang tamu yang bersambung dengan dapur. Dia meletakkan plastik berisi bun coklat bercampur kaya kegemarannya di atas meja. Mereka berdua bersarapan bersama sambil tersenyum menikmati hidangan pagi dengan kopi susu yang panas memang menceriakan suasana.
“Risya, petang nanti lepas kelas kita pergi tengok wayang, nak tak?”, hidayu mengajak risya untuk menghilangkan rasa kebosanan yang dirasakannya.
“Cerita apa?”
“Apa-apa aja lah. Aku boring lah.”
“Kau dah ajak eyrana ke belum?”
“Belum lagi., kejap lagi aku ajak lah.”
“Nak ajak siapa lagi?”
“Ajak lah hafiq dengan Haikal sekali.”
“Nantilah tanya diaorang dulu. Takut diaorang ada kelas atau discussion.”
“Okey”
Selepas bersarapan pagi, mereka berjalan beriringan meninggalkan blok asrama 2 tingkat itu.
“Eyrana, kau dah siap belum? Cepatlah, nanti lambat.” Laung kharisya dari depan tingkap bilik eyrana.
“Dah siap, aku datang lah nih” Jerit eyrana membalas.
Mereka bertiga berjalan menuruni bukit kolej A. Mereka bertiga berpisah di bangunan Fakulti ekonomi. Eyrana dan Kharisya menuju ke bangunan Sains Matematik manakala Hidayu ke bangunan Sains Laut.
****
Semakin banyak kau mengecewakan aku, tak kan buatku semakin sering menggerling arah padamu sayang. Malah aku kan makin berpaling. Kau tak ingin itu terjadi bukan, maka jadilah dirimu saja. Usaikanlah tindak laku mu yang buat tanya. Katakan semuanya pada dunia, nyatakan semua yang kau inginkan. Aku ada disini mendengarkan, sungguh. Jangan lagi kau buat hal menyakitkan, aku cemburu memang dan mungkin itu mampu buatmu senang. Tapi lihatlah aku, aku punya hati. Aku takut hati ini kan terlalu kuat jika kau latih terus tuk menahan kuatnya cemburu, hati ini mati padamu. Hentikan.
*****
kharisya berlari-lari anak menuju ke bilik air dan dia mencapai raga plastik berwana kuning kegemarannya. Dia mencuci muka dan memberus gigi dengan pantas. Gel mandian susu kambing diheret masuk ke dalam bilik air dan dia membersihkan diri. setelah membersihkan diri, dia kembali ke biliknya.
“Kejap..... , tunggu 10 minit lagi aku dah nak siap, risya termengah-mengah menyiapkan dirinya.
“Tu lah, lain kali jangan baca novel sampai ke Subuh. Kan dah lambat bangun.”, hidayu menyindir kawannya yang memang suka baca novel apatah lagi jika novel kegemarannya.
“Dah lah makcik, jangan membebel lagi, lagi lambat aku nak bersiap nanti’. “Kau pergi lah buatkan air dulu. Buat untuk aku sekali , nanti aku bawa biskut sekali ” sambil kharisya mengenyitkan mata.
“Ha, pandai nak bodek orang. Biskut, aku tak nak. Bawa sekali bun coklat campur kaya kau tuh kat sini.”, hidayu tak sabar nak makan, perutnya dari tadi dah bising minta nak makan.
“Iyalah…” balas kharisya sambil masuk semula ke biliknya dan bersiap, tidak lama kemudian, kharisya naik semula ke ruang tamu yang bersambung dengan dapur. Dia meletakkan plastik berisi bun coklat bercampur kaya kegemarannya di atas meja. Mereka berdua bersarapan bersama sambil tersenyum menikmati hidangan pagi dengan kopi susu yang panas memang menceriakan suasana.
“Risya, petang nanti lepas kelas kita pergi tengok wayang, nak tak?”, hidayu mengajak risya untuk menghilangkan rasa kebosanan yang dirasakannya.
“Cerita apa?”
“Apa-apa aja lah. Aku boring lah.”
“Kau dah ajak eyrana ke belum?”
“Belum lagi., kejap lagi aku ajak lah.”
“Nak ajak siapa lagi?”
“Ajak lah hafiq dengan Haikal sekali.”
“Nantilah tanya diaorang dulu. Takut diaorang ada kelas atau discussion.”
“Okey”
Selepas bersarapan pagi, mereka berjalan beriringan meninggalkan blok asrama 2 tingkat itu.
“Eyrana, kau dah siap belum? Cepatlah, nanti lambat.” Laung kharisya dari depan tingkap bilik eyrana.
“Dah siap, aku datang lah nih” Jerit eyrana membalas.
Mereka bertiga berjalan menuruni bukit kolej A. Mereka bertiga berpisah di bangunan Fakulti ekonomi. Eyrana dan Kharisya menuju ke bangunan Sains Matematik manakala Hidayu ke bangunan Sains Laut.
****
ILMU ITU CAHAYA
ilmu itu cahaya
usah padamkan cahaya itu
itu penunjuk jalanmu
pastikan ia terus bersinar
agar terang jalanmu
jalan tuju destinasi
destinasi milik abadi
jalan kebenaran
luas terbentang di situ
selagi cahaya itu menyimbah
menyinari hati-hati kita
cahaya ilmu
selagi hati-hati belum gelap
selagi hati-hati masih celik
pasti terang cahaya itu
dan jika malap sekalipun
walau meraba sekalipun
usah dilupakan asal kita
kembalilah ke pangkalnya
belajarlah kenal alif baa taa
belajarlah kenal A B C
ada ilmu di situ…
2 SAHABAT
Langit masih terang benderang, sedangkan sinar mentari masih memancarkan hangatnya ditengah bukit-bukit kecil yang terjal. Sungai-sungai yang jernih yang mengalir, terlihat kehijau-hijauan melengkapi kesempurnaan hamparan pemandangan disepanjang perjalan 2 pemuda itu. Mereka masih menarik nafas mereka yang sempat memburu ketika sama-sama mengejar kereta di pagi yang cukup panas. Salah seorang diantaranya menertawakan dirinya sendiri. Entah ini yang keberapa, namun yang jelas, kisah bersama kereta selalu saja membuat banyak tawa.
Keduanya kemudian melempar senyum. Rupanya mereka adalah sahabat rapat. Cukup dekat sepertinya, yang mempunyai sahabat yang cukup memahami dan sentiasa bersama kala suka dan duka. Namun, jika kuperhatikan, kedekatan mereka sepertinya juga bukan sebuah kedekatan biasa. Kedekatan yang penuh misi mungkin ?. Misi keabadian yang mereka cari, meski ketika kuperhatikanpun, mereka tak lebih dari dua pemuda biasa yang masih sama-sama belajar. Belajar mencari cinta lebih tepatnya. Belajar makna sebenarnya kata cinta menjadi kalimat-kalimat kerja dalam hari-hari mereka. Kata cinta yang berujung pada Allah, Tuhan mereka. Cinta yang -mungkin- mirip defenisinya ketika Umar RA, menggantikan cintanya kepada diri dan keluarga menjadi sebuah cinta melangit untuk Muhammad Sang Nabi mulia.
Pembicaraan mereka semakin larut. Akupun diam-diam mendengarkannya. “hahahaha…” aku jadi tertawa dibuat oleh mereka. Tertawa mendengar perbualan mereka. Rupanya mereka sedang gelisah. Gelisah dengan iman dihati mereka., gelisah dengan ketidaksanggupan dalam mengambil keputusan, serta gelisah dalam mengambil langkah-langkah kehadapan. Salah seorang diantaranya berkali-kali menarik nafas panjang sambil melihat pandangannya keluar untuk menikmati betapa cantiknya ciptaan Tuhan yang tak tergambar dengan kata-kata. Mereka bukan cuma gelisah, tapi juga bimbang. Bimbang akan pilihan-pilihan yang rumit dan tak sederhana, bimbang atas kerja-kerja nyata yang menguras jiwa. Rupanya, mereka memang sedang bermasalah. Masalah yang sungguh rumit sampai mereka-pun malu-malu mengakui terhadap diri mereka sendiri bahwa sesungguhnya ada yang mesti disegerakan, ada yang harus diperjuangkan. Yaa… ternyata itu kesamaan mereka.
****
Senja mulai malu-malu dihujung pantai negeri formosa. Aku masih menyusuri pandangan disekitar kereta, dan ternyata, ke dua pemuda pagi itu sedang berada disana. Wajah mereka sedikit kelelahan, terutama pemuda berbaju cokelat itu. Di sebelahnya, pemuda berjaket hitam masih menikmati senja. Kalau difikir , pemuda berjaket hitam ini sedang berbahagia. Ia mungkin gelisah, tapi perasaan gelisah yang berbeza dengan pemuda yang satunya. Wajahnya lebih sugul dan memerah. Apa mungkin ia sedang memperjuangkan cinta ? atau mungkin ia sedang berjalan menyusuri kepekaan sayap sempurna untuk membawanya terbang di angkasa ? ahh.. akupun tak bisa menjawabnya. Mungkin ia menyedari, seberapa hebatpun rencana manusia, rencana Allah tetap tak ada duanya. Jika Tuhan berkehendak, maka tak ada lagi aral melintang. Begitu juga sebaliknya, jika Allah tak berkehendak, seberapa kuatpun usaha manusia, segala sesuatu takkan bisa jadi nyata. Ia yakin dengan itu, hingga ia pun harus siap dengan segala kemungkinan yang ada.
Ditengah perjalanan, ketika malam sudah mulai merambat, Kulihat keduanya asyik menikmati dua buku hebat yang penuh sejarah. Kalau difikir-fikir. Beruntung juga 2 wanita yang mendapatkan mereka , bayangkan saja, ketika disamping mereka banyak perempuan cantik duduk dengan pakaian yang luar biasa, mereka cepat-cepat beristighfar dan menghadapkan wajahnya kearah lain . Ini seperti percutian yang cukup menyiksa buat mereka. Percutian yang sangat menggelisahkan buat mereka. 2 buku itu tenyata tentang Muhammad saw , rasul mulia yang dibaca oleh pemuda berbaju cokelat, sedangkan yang satunya sedang asyik bersama kisah Umar (Abdurrahman Asy Syarqawi). Keduanya asyik di dalam kisah-kisah menggemparkan hingga tak peduli lagi disekeliling mereka. Wajah-wajah mereka serius menikmati keluasaan hati mereka yang manampung kisah dua orang hebat itu. Sesekali kulihat pemuda berjaket hitam itu menggeleng-geleng kepala tanda ia merasa hairan dengan kisah para sahabat yang dibacanya.
Malam semakin panjang, keduanya mulai keletihan bersama kisah-kisah hebat itu. Merekapun tersenyum sambil bercerita. Kudengar mereka mentertawakan diri mereka sendiri. Mereka dah tahu makna kegelisahan mereka yang sebenarnya mereka sudah tahu dimana mencari jawapannya, mereka mentertawakan hidup mereka yang masih belum ada kemajuannya, mereka mentertawakan jiwa mereka sendiri yang terkadang tidak tegas dalam mengambil keputusan atas pilihan-pilihan yang ada. Rupanya, aku begitu menyukai kehadiran dua pemuda itu. Mereka biasa, sangat biasa, namun punya cita-cita mulia. Mereka tak ada apa-apa, tapi berusaha untuk menjadi berharga bagi Allah Sang Maha Pencipta. Dalam diam-diam, kukirim doa bagi mereka berdua.
‘Semoga Allah mendatangkan penyempurnaan jiwa bagi mereka, agar mereka tak lagi gelisah dalam mencari apa jua persoalan yang ada pada hati mereka.’
AMIN YA RABIL ALAMIN......
Thursday, 13 October 2011
Cinta untuk DIA
Aku ingin menjadi ‘seseorang’
Bukan hanya menjadi ‘aku’
Setidaknya dimata ‘dia’
Nanti..
Sebelum aku bisa membuat ‘dia’ tersenyum.
Aku tdk akan pernah tertawa!
Aku mau ‘dia’ bahagia.
Biar terbayar semua pengorbanannya!
Jadi aku bisa merasa pantas jika bersamanya!
Kalau aku bisa membuat ‘dia’ bahagia!
Aku akan tersenyum puas.
Berarti semua perjuangan ku tdk sia-sia!
Dan aku bisa memeluk erat ‘dia’ dan pengorbanan nya.
Dulu..
Aku selalu membuat ‘dia’ menangis.
Aku selalu membuat ‘dia’ kecewa!
Sekarang tdk akan!
Air mata ‘dia’ begitu berarti,
jika hanya menangis karena aku!
Aku belum merasa pantas untuknya!
Biar aku melakukan ‘sesuatu’ buat ‘dia’
Mempertahankan ‘dia’ dalam hidupku!
Karena aku bukan apa-apa jika tanpa ‘dia’!
LELAKI IDAMAN
Lelaki idaman adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…
Lelaki idaman adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…
Lelaki idaman adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…
Lelaki idaman adalah…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya…
Lelaki idaman adalah…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…
Lelaki idaman adalah…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dialah lelaki idaman wanita.
Subscribe to:
Posts (Atom)





